MODUL NOTA RINGKAS TUDINGAN SEJARAH SPM

TINGKATAN 4

 BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Tamadun Hwang Ho

 

Tamadun Hwang Ho

 

(a)        Lokasi tamadun Hwang Ho                                     

 

  • Dilembah Hwang  Ho yang subur (Sungai Kuning)
  • Bersifat setempat kerana bergunung ganang dan berpadang pasir

.

(b)       Dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho

       

  • Dinasti Hsia
  • Dinasti Shang
  • Dinasti Chou
  • Dinasti Ching
  • Dinasti Chin

 

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho

 

(a)        Petempatan awal

 

  • Berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar
  • Anyang merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho
  • Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
  • Di bandar ini, terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran
  • Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar
  • Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
  • Bandar ini juga dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani

 

(b)        Organisasi sosial masyarakat Shang

 

  • Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
  • Lapisan bawah terdiri daripada petani yang membentuk sebahagian besar penduduk
  • Golongan petani mendiami kawasan luar bandar
  • Golongan artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
  • Gangsa digunakan untuk bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan
  • Disebabkan hanya golongan pembesar sahaja yang mampu miliki tentera dan senjata gangsa, mereka menggunakan keistimewaan ini untuk menundukkan golongan bawahan.
  • Golongan hamba ialah golongan paling bawah
  • Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang

 

(c)        Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat Tamadun Hwang

  • Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing iaitu tentera berkuda dan tentera berjalan kaki
  • Petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan
  • Golongan artisan mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar
  • Golongan hamba sebagai tentera paksaan
  • Selain itu, golongan hamba digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan
  • Golongan hamba juga dijadikan  korban dalam upacara penyembahan

 

(d)       Sistem pemerintahan Dinasti Shang.        

 

  • Sistem pemerintahan berbentuk beraja
  • Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara yang lebih muda atau anak lelaki raja
  • Raja mempunyai wibawa politik, ekonomi, sosial dan agama
  • Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
  • Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
  • Tidak  perlu mendapat  pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama
  • Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan yang berhak mentadbir wilayahnya
  • Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri seperti  pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang

 

(e)        Sistem pentadbiran Dinasti Chou

 

  • Raja-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah- wilayah
  • Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
  • Raja Chou dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang Menguruskan

soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal ehwal monarki dan

undang-undang

  • Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar- pembesar

feudal

  • Raja-Raja Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada

pemerintah, memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba

dan binatang

  • Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada

masa perang

  • Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama

untuk menjalankan upacara pengorbanan

 

 

 

 

(f)        Agama dan kepercayaan

 

  • Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politisme
  • Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
  • Mereka juga menyembah tuhan syurga(Shang Ti) dan tuhan bumi(tu), menyembah sungai, bukit dan gunung
  • Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik.tarian dan upacara korban
  • Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh
  • Tulang oracle digunakan untuk meramal sesuatu keadaan
  • Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan
  • Rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian
  • Amalan ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China
  • Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea untuk mencipta tulisan.
  • Tulisan China berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol
  • Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanak-kanak. Bulan, matahari dan sungai

 

(g)        Penciptaan Sistem Kalendar

 

  • Dicipta semasa Dinasti Shang.
  • 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
  • Untuk menentukan musim menanam dan menuai.
  • Untuk menjalankan aktiviti harian.
  • Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan /   perburuan / pengkebumian.

           

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

 

(a)        Bidang politik/pemerintahan

 

  • Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
  • Gelaran raja ditukar kepada maharaja
  • Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
  • Amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20

(b)        Bidang ekonomi

 

  • Pembinaan sistem pengairan dengan membina terusan untuk mengairi

kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir

  • Kemajuan dalam teknologi pembajakan
  • Penciptaan cangkul dan sabit
  • Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
  • Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang

dibuat daripada besi

 

(c)        Sistem Tulisan

 

  • Berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
  • Pengunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan
  • Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah China
  • Terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

(d)       Bidang agama dan kepercayaan

 

  • Pemujaan roh nenek moyang
  • Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan        mengikut kesesuaian masa
  • Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur   makanan , duit kertas dan barangan perhiasan
  • Konsep Yin dan Yang  serta Feng Hsui diteruskan hingga ke hari ini
  • Orang China mempercayai alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada

unsur saling melengkapi iaitu Yin dan Yang

  • Konsep Feng Hsui berlandaskan falsafah Taoisme yang berlandaskan       falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia         dengan alam sekitar

 

( e )      Sistem kalendar

 

  • Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
  • 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
  • Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
  • Untuk menjalankan aktiviti harian.
  • Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan /   perburuan / pengkebumian.

 

(f)        Pengamalan falsafah perang Sun Tzu

 

  • Karyanya the Art of War

-          membincang kan selok belok perang dan cara menangani musuh dalam pelbagai bahasa

  • Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan

 

 

 

            BAB 2 :  PENINGKATAN TAMADUN

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Peningkatan Tamadun ( India dan China )

( Ekonomi / Seni bina / Sains Teknologi / Pendidikan )

 

Tamadun India.

 

Ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik. ( Peranan pendidikan dalam  Tamadun India)

  • Mementingkan keagamaan
  • Agama  Hindu sebagai teras
  • Didominasi  oleh kaum lelaki
  • Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan
  • Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
  • BahasaSanskrit merupakan medium pengajaran penting
  • Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitab veda
  • Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha
  • Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah
  • Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
  • Lahir university agama Buddha, iaitu Nalanda

 

Tujuan pendidikan

 

  • adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
  • Segala hukuman agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan

nilai-nilai murni yang diajar oleh agama

  • untuk capai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan,
  • Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains.
  • Pendidikan di India bertujuan untuk menambah ilmu
  • bertujuan  mengatasi buta huruf
  • Pendidikan juga untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.

 

Aspek penekanan dalam pendidikan

 

  • Mementingkan keagamaan dan agama Hindu
  • Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
  • seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya veda yang mengandungi

peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama.

  • Mereka juga harus belajar karya sainstifik dan falsafah

 

Pusat dagangan dan pelabuhan di India.

  •  Anga
  • Kalinga
  •  Karusa.

 

Contoh pelabuhan penting

  • Tamralipti
  • Ghantashala,
  •  Kadura
  • Broach
  •  Chual
  • Kalyan
  • Cambay

Hasil dagangan di India.

 

  • senjata
  • gading gajah
  • emas
  • berlian
  • mutiara.

 

Perusahaan di India

 

  • pengeluaran tekstil
  • kain kapas
  • sutera.
  • barang emas
  •  mutiara
  • batu permata.

 

Sresthin ( persatuan perdagangan )

 

  •  persatuan perdagangan dan perusahaan
  • wujud disetiap bandar
  • contoh  persatuan itu ialah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang

kulit

  • Matlamatnya untuk mengawal harga, kualiti barang, dan gaji pekerja.
  • Undang-undang telah digubal untuk mengawal persataun.
  • Pelaksanaan undang-undang telah diawasi oleh raja.

 

Cukai di India.

 

  • Diperkenalkan sejak Zaman Maurya
  • Hasil pertanian dan hasil buah-buahan
  •  untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja

 

Negara yang menjalinkan hubungan dagangan dengan India.

 

  • Hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri langka, rantau

Asia Tenggah dan Asia Tenggra.

  • Sejak tahun 100M, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu.

 

Kemajuan yang dicapai dalam bidang perdagangan tamadun India.

  • Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan
  • Perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Maedonia,
  • Sri langka, rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggara.
  • Pusat Perdagangan iaitu Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata,

gading gajah, emas, berlian dan mutiara.

  • Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti
  • Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, kalian dan Cambay.
  • Di setiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai sresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.
  • Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
  • Raja menggubal undang-undang untuk mengawasi perjalanan persatuan perdagangan.
  • Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik dengan  menggunakan mata  wang sebagai medium jual beli.Contoh bentuk mata wang emas dan dikenali sebagai dinara, wang perak dan wang daripada cangkerang siput.
  • Terdapat sektor perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.
  • Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan
  • Seperti hasil pertanian dan buah-buahan.
  • Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
  • Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah, dan besi.
  • Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi.

 

 

 

Tamadun China

 

Jenis kegiatan ekonomi zaman Dinasti Shang.

 

  • kemajuan dalam pertanian
  • perdagangan dalam negeri
  • perdagangan maritim,
  • perusahaan
  •  pembentukan persatuan perniagaan.

Sumbangan Tamadun China dalam bidang pertanian.

 

  • Dalam bidang pertanian tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
  • Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan
  • kereta sorong beroda serta penyisir tanah.
  • Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan

tanah.

  • Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
  • Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air  dalam pertanian terkawal.
  • Kawalan terhadap banjir dengan pembinaan terusan.

 

Kesan perkembangan perusahaan dalam tamadun China.

 

  • Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han
  • Perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di laur China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
  • Hasil dagangan dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang.
  • Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut.
  • Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan dalam negeri China sendiri.
  • Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.

 

   

  BAB 3 :    TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Kerajaan Agraria
  2. Kerajaan Maritim
  3. Kerajaan Agraria dan Maritim saling melengkapi
  4. Pengaruh agama Hindu Buddha ( Candi / Monumen / pentadbiran/ bahasa )

 

Kerajaan Agraria

 

1.         Maksud kerajaan Agraria                                        

  • kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian , penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai
  • terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai / kawasan pedalaman sepetti kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi
  • contoh kerajaan seperti Dvaravati , Taruma, Sailendra, Angkor , Sukhotai, dan Funan

2.         Ciri-ciri kerajaan Agraria

 

  • terletak di kawasan yang subur iaitu di lembah sungai
  • menanam padi sawah dan padi huma
  • menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang,keledek dan sayur-sayuran
  • menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
  • mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu,kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
  • sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan
  • menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
  • mendapatkan kulit kura-kura
  • menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam
  • lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim
  • pembinaan sistem pengairan yang bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
  • raja terlibat dalam pembinaan pengairan
  • kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan

3.         Kegiatan ekonomi masyarakat agraria

 

  • menanam padi sawah dan padi huma
  • menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang,keledek dan sayur-sayuran
  • menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
  • mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
  • sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan
  • menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
  • mendapatkan kulit kura-kura
  • menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam
  • lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim

4.         Faktor-faktor perkembangan kerajaan Agraria ( Angkor )

 

  • Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan

Tasik Tonle Sap

  • Raja Indravarman 1 terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
  • Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
  • Pembinaan baray yang mampu mengairi tanah
  • Hasil padi dapat menampung keperluan beras
  • Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
  • Tanah sekitar yang subur
  • Iklim panas lembap sepanjang tahun
  • Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap
  • Sumber ikan air tawar  dan punca bekalan air minuman daripada Tasik Tonle Sap

5.         Kepentingan Tasik Tonle Sap

 

  • Membekalkan sumber air minuman
  • Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik menjadi luas
  • Pada musim kemarau , kawasan sekitar tasik menjadi subur hasil daripada mendapan lumpur
  • Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar tasik
  • Air dari Tasik Tonle Sap dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan
  • Sumber air dari tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor.

 

 Kerajaan Maritim

  • Ekonomi berasaskan perdagangan
  • Terletak di kawasan persisiran pantai
  • Terdapat kemudahan di pelabuhan
  • Peranan Orang Laut mengawasi keselamatan pedagang
  • Pelabuhan pembekal berkembang menjadi pelabuhan entrepot
  • Mengadakan hubungan dengan kerajaan besar seperti China dan India

 

Saling bergantung /melengkapi antara kerajaan agraria dengan kerajaan  maritim

 

  • Kerajaan agraria mempunyai penduduk yang ramai dan membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritim
  • Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah dari China dan India
  • Kerajaan agraria membekalkan beras dan hasil hutan  kepada kerajaan maritim
  • Beras  menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan agraria
  • Kerajaan maritm mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal daripada kerajaan agraria
  • Kerajaan maritim memperoleh gajah daripada kerajaan agraria sebagai kenderaan raja
  • Kerajaan maritm bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang kayu dan tukang batu yang mahir

 

PENGARUH AGAMA HINDU BUDHA DALAM KERAJAAN AWAL

1.         Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal

 

  • Dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takhluk di Asia Tenggara
  • Dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya
  • Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta
  • Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuaikan dengan budaya tempatan

 

 

2.         Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal

 

  • Sistem beraja dengan penggunaan gelaran raja sebagai pemerintah
  • Raja berada dipuncak pemerintahan
  • Raja dibantu oleh kerabat diraja , pembesar , Brahmin
  • Raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
  • Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
  • Sesiapa yang melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak diampunkan
  • Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
  • Raja merupakan bayangan tuhan dan lahir konsep dewa-raja
  • Raja mempunyai kesaktian melalui mitos dan lagenda untuk memperkuat kedudukan
  • Untuk mengukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat
  •  pertabalan raja yang dipimpin oleh golongan Brahmin
  • Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta iaitu
  • orde kosmos

3.         Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian

 

i.          Maksud monumen

  • Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu untuk memperingati
  • orang ternama atau peristiwa penting
  • Monumen boleh berupa candi/kuil/wat/stupa/arca/patung

ii.         Kepentingan/fungsi/tujuan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara

  • Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
  • Sebagai rumah ibadat
  • Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
  • Tempat menyimpan patung dewa utama
  • Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
  • Melambangkan orde kosmos contoh Angkor Wat dan Candi Borobudur

iii.        Contoh candi terkenal di Asia Tenggara

  • Candi Dieng di Jawa Tengah , Indonesia
  • Candi Borobudur di Jawa Tengah , Indonesia
  • Candi Prambanan di Jawa Tengah , Indonesia
  • Candi Angkor Wat di Kemboja
  • Candi Chaiya dan Yarang di Thailand

4.         Kepentingan Bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal Asia Tenggara

 

  • Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
  • mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang
  • Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
  • Batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan ajaran Buddha
  • Inskripsi di Palembang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja
  • Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat
  • Bahasa keagamaan
  • bahasa  yang digunakan dalam urusan pemerintahan
  • Mengalami penyesuaian dan berubah ke adalam bahasa Melayu seperti dosa, duka, Derhaka, manusia, pahala, rupa , sengsara dan huruf
  • Berkembang menjadi bahasa ilmu
  • Bahasa  komunikasi
  • Memperkayakan bidang kesusasteraan  seperti epik / puisi / prosa jawa penceritaan lisan dan teater

5.         Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesusasteraan

 

  • Kesusasteraan India melalui epik Ramayana , Mahabharata serta Puranas

menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara

  • Pengaruh kesusasteraan India dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarma
  • Cerita-cerita dalam Epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit
  • Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa jaya dan Hikayat Sang Samba.
  • Hikayat Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama

 

 

 

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

    DI MEKAH

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Penyebaran Islam
  2. Reaksi masyarakat
  3. Faktor penentangan

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam

a)    Faktor Penerimaan Islam

 

  1. Kemurnian ajaran Islam
  2. Kaedah berdakwah secara lembah lembut dan berhikmah
  3. Tidak memaksa orang ramai memeluk Islam
  4. Membandingkan nilai akhlak Islam dengan nilai akhlak jahiliah
  5. Baginda membacakan al-Quran untuk memberi penerangan dan menjawab pertanyaan serta menunjukkan teladan yang baik
  6. Baginda menanamkan keimanan yang kuat, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi serta tidak menggunakan harta dalam berdakwah

 

b)    Faktor Penentangan terhadap Islam

i)              Perbezaan dari segi amalan dan kepercayaan

ii)     Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia berbanding dengan orang Arab Jahiliah yang mementingkan perbezaan darjat dan mengamalkan konsep assabiah

iii)            Akhlak keji orang Arab Jahiliah bertentangan dengan nilai akhlak Islam

iv)           Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan salah terhadap tugas nabi

v)    Bimbang terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam semua aspek dan menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka

vi)   Menjejaskan ekonomi orang Arab Jahiliah terutama perusahaan mengukir patung berhala.

 

c)    Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan masalah

 

i)      Penentangan oranng Quraisy Makkah terhadap Nabi Muhammad s.a.w semakin meningkat setelah kematian bapa saudara dan isteri baginda, iaitu Abu Talib dan Siti Khadijah

ii)     Baginda tidak berputus asa dan telah mengambil beberapa langkah untuk meringankan penderitaan orang Islam, antaranya ialah:

-       Meminta umat Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan

-       Baginda bersama Zaid bin Harithah cuba menyebarkan Islam ke Taif, namun gagal.

-       Melakukan hijrah ke Madinah setelah Allah menurunkan wahyu agar baginda berbuat demikian

 

 

BAB 5 :       KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Perjanjian Aqabah
  2. Hijrah ( Kesan Hijrah )
  3. Piagam Madinah
  4. Perang dalam Islam
  5. Pembukaan semula Kota Makkah

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN KEDUA

 

  1. Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah kemudian memeluk Islam. Pada musim haji (621M) berikutnya, mereka mengunjungi lagi Nabi Muhammad s.a.w dan wujud perjanjian Aqabah Pertama.
  2. Antara isi perjanjian Aqabah Pertama termasuklah:
    1. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. dan Rasul.
    2. Berjanji membantu perjuangan Nabi saw.
    3. Tidak mengamalkan amalan jahiliyah.

 

  1. Selepas perjanjian tersebut Nabi s.a.w menghantar pendakwah Islam, Mus’ab bin Umair untuk menyebarkan Islam.

 

  1. Pada tahun 622M Perjanjian Aqabah Kedua ditandatangani. Isi perjanjiannya :
    1. Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
    2. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.
    3. Mereka secara sukarela mengadakan tempat tinggal
    4. Kesediaan mempertahankan Islam.
    5. Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah

 

  1. Kesan Perjanjian:

 

  1. Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
  2. Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia
  3. Perlindungan bagi orang Islam Makkah.
  4. Jaminan dan keselamatan orang Islam Makkah terjamin
  5. Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.
  6. Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah
  7. Mengembalikan keamanan dan persaudaraan  masyarakat Madinah oleh Nabi saw melalui Islam.

HIJRAH

 

  1. Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622M.
  2. Berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat.
  3. Nabi Muhamad s.a.w berhijrah bersama Abu Bakar al-Siddiq memakan masa selama lebih kurang 2 hari.
  4. Umar bin al-Khattab berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.

 

Konsep Hijrah

 

Makna Hijrah:

  1. Perkataan Arab bermakna  berpindah.
  2. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah . Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi baru untuk menyebarkan Islam.
  3. Pengertian lain hijrah – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.
  4. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
  5. Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian.
  6. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam seperti berikut:
    1. Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
    2. Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.
    3. Orang Islam Makkah diberi jaminan kjeselamatan dan diberi tempat tinggal.
    4. Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.

 

Cara penghijrahan Nabi Muhamad s.a.w.

  1. Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan
  2. Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi.
  3. Bersama Abu bakar meninggalkan Makkah .
  4. Bersembunyi di Gua Thur sebelum berhijrah ke Madinah. Dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar. Asma binti Abu Bakar menghantar makanan dan Amir bin Fuhairah menyediakan susu kambing diberi kepada baginda.
  5. Dipandu oleh Abdullah bin Arqat – waktu itu belum Islam lagi.
  6. Perintah Allah swt menerusi wahyu.
  7. Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.
  8. Satu strategi Nabi menyebarkan Islam.
  9. Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.
  10. Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Mereka memerlukan pemimpin dan mendamaikan ketegangan.
  11. Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman dan dapat dilakukan secara terang-terangan.
  12. Peluang untuk mendamaikan masyarakat Arab di Madinah.
  13. Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam Makkah dan Madinah.
  14. Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.
  15. Wujud golongan Muhajirin dan Ansar. Muhajirin bermaksud  berpindah. Ansar bermaksud  menolong( Nasara). Golongan Ansar membantu Muhajirin dengan cara:
    1. Menjaga keselamatan
    2. Menyediakan modal untuk berniaga
    3. Keamanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera sebagai sebuah negara.
    4. Wujud takwim Hijrah. Mula digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin dan diteruskan oleh Umar al Khatab.
    5. Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’. Yang menjadi tempat ibadat, belajar berbincang dan aktiviti berjual beli.
    6. Pertukaran nama Madinah Al Munawarah daripada Yathrib dan menjadi pusat tamadun Islam dan agama.
    7. Menunjukkan sikap toleransi dan tolong- menolong ke arah kecemerlangan.
    8. Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd Rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk penyebaran agama Islam.
    9. Memperlihatkan wanita berperanan menggerakkan kemajuan negara
    10. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung halaman.
    11. Kebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk berhijrah.
    12. Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah dariapda Quraish.

Sebab dan Tujuan Hijrah

Kepentingan Hijrah

PIAGAM MADINAH

 

  1. Perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang dirangka  Nabi pada 622M- berpandukan wahyu.
  2. Asas pemerintahan Kerajaan Islam yang terdiri daripada masyarakat Islan dan Bukan Islam.
  3. Piagam dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
  4. Mengandungi 47 fasal . 23 fasal membincangkan hubungan orang Islam dan tanggungjawab mereka. 24 fasal tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.
  5. Dirumus kepada 7 aspek penting  merangkumi politik, ekonomi, sosial seperti:
    1. Politik

i.        Nabi Muhamad pemimpin di Madinah

ii.        Sebagai hakim menyelesaikan masalah antara Islam dan Bukan Islam

  1. Agama

i.        Bebas mengamalkan sebarang agama

ii.        Bebas mengamlkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam.

  1. Sosial

i.        Masyarakat sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara

ii.        Tidak boleh bermusuhan

 

 

  1. Perundangan

i.        Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam

ii.        Undang-undang Islam menekankan penginsafan dan bukannya jatuhan hukuman.

  1. Menetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan jenayah.
  2.  Ekonomi

i.        Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara

ii.        Unsur tipu dan riba dihapuskan.

 

  1. Pertahanan

i.        Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara

  1. Kedudukan kaum Yahudi

i.        Keselamatan terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah

Kepentingan Piagam Madinah

 

  1. Model kerajaan Islam yang unggul
  2. Unsur Islam boleh digunakan dalam negara pelbagai agama dan kaum
  3. Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.
  4. Menunjukkan sistem ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
  5. Berjaya membentuk masyarakat  berasaskan ummah, hidup dalam  bersatu padu dan aman menerusi semangat ukhuwah Islamiah iaitu semangat persaudaraan sesama Islam, adil, persamaan hak dan tiada perbezaan taraf.
  6. Mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna berasaskan undang-undang syariah.
  7. Negara diwujud atas dasar perlembagaan terlebih dahulu.
  8. Berjaya menyusun masyarakat kehidupan yang sistematik berasaskan undang-undang.
  9. Wujudkan semangat kerjasama dan sama-sama  bertanggungjawab menjaga keselamatan negara hingga menjadikan kerajaan Islam kuat dan dihormati.

PENYEBARAN ISLAM

Berikut adalah strategi penyebaran Islam iaitu:

 

  1. Menghantar utusan ke Rom, Rom Timur Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah di sekitar semenanjung Arab.
  2. Tiada paksaan tetapi dengan diplomasi dan menerapkan nilai yang baik.
  3. Menerusi warkah atau surat untuk wujud persefahaman.
  4. Peperangan berlaku dengan izin atas tujuan mempertahankan diri, agama dan negara. Kerajaaan Islam melalui beberapa siri peperangan sejak 622M. Antaranya:
    1. Perang Badar 624M/2H

-           Dalam perang ini Islam menang, Nabi mengampunkan orang tawanan Arab Quraish, Tawanan Wanita dan kanak-kanak dibebaskan. Lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka dengan mengajar 10 kanak-kanak Islam membaca dan menulis  sehingga pandai akan dibebaskan.

  1. Perang Uhud 625M/3H
  2. Perang Khandak 627M/5H
  3. Perang Tabuk 630M/8H

 

  1. Perang dalam Islam mesti mengikut prinsip tertentu, iaitu:
    1. Dengan izin Allah swt setelah turunnya wahyu. Berperang apabila diserang oleh musuh.
  2. Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga.
  3. Menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
  4. Islam menganjurkan perdamaian jika musuhnya inginkan perdamaian.
  5. Dakwah mesti dilaksanakan dengan baik
  6. Perang berpandukan aspek berikut:

i.      Tidak boleh membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, orang sakit, dan orang yang menyerah diri.

ii.      Tidak dibenarkan membunuh  binatang ternakan, dan tanaman.

iii.      Dilarang meroboh rumah ibadat.

PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH

 

  1. Kota Mekah ialah tempat kelahiran Nabi Muhamad s.a.w dan tempat lahirnya agama Islam.
  2. Orang Quraish melanggar perjanjian Hudaibiyah 630M
  3. Kedudukan Madinah akan menjadi lebih mantap.
  4. Satu strategi jangka panjang dalam penyebaran Islam.

 

Cara Pembukaan Kota Makkah:

  1. Berlaku tanpa kekerasan
  2. Peringkat awal menghantar tentera Islam empat pasukan 10000 orang.
  3. Diketuai oleh Khalid Al Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair Al Awwam.. Masuk Makkah melalui 4 penjuru.
  4. Pengislaman Abu Sufian dan Al Abbas telah memudahkan lagi Makkah dibuka, selain jaminan keselamatan oleh penduduk Makkah.
  5. Kesan pembukaan Kota Makkah: Sebelum memasuki Makkah Abu Sufian dan bapa saudara nabi Al Abbas telah memeluk Islam.

Kepentingan Pembukaan Kota Makkah

  1. Menunjukkan semangat persaudaraan Islam dengan memberi jaminan keselamatan
  2. Menunjukkan semangat perpaduan dalam negara yang pelbagai agama dan keturunan.
  3. Sifat pemaaf Nabi saw terserlah – tidak membalas dendam terhadap orang Quraish.
  4. Kaabah terpelihara daripada kemungkaran. Agama menyembah berhala dihapuskan.
  5. Kotasuci umat Islam dalam melakukan ibadah.
  6. Membuktikan kukuhnya negara Islam di Madinah.
  7. Bermulanya penyebaran Islam secara menyeluruh ke Tanah Arab tanpa paksaan.
  8. Wujud sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat dimana Madinah masih kekal pusat pemerintahan.
  9. Titih akhir perjuangan Nabi Muhammad s.a.w sebelum beliau wafat iaitu dalam

Khutbah akhir Nabi menyatakan setiap orang Islam bersaudara dan meninggalkan pusaka iaitu al quran dan sunnah.

 

Tindakan / strategi / usaha Nabi Muhammad dalam penyebaran Islam

 

  • Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan Semenanjung Tanah Arab
  • Tidak memaksa memeluk Islam
  • Menggunakan diplomasi
  • Menunjukkan nilai-nilai yang baik
  • Menyeru memeluk Islam melalui warkah
  • Mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut

 

PEPERANGAN DALAM ISLAM

 

Sebab peperangan dibenarkan dalam Islam

 

  • Mempertahankan maruah diri
  • Mempertahankan agama
  • Mempertahankan negara
  • Dengan keizinan Allah

 

Contoh peperangan

  • Perang Badar 2H
  • Perang Uhud 3H
  • Perang Khandak 5H
  • Perang Tabuk 8H

 

Peperangan dalam Islam

 

  • Allah telah memberi keizinan untuk berperang
  • Setelah diserang oleh musuh
  • Mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga
  • Menjaga maruah negara
  • Tidak memusnahkan harta benda
  • Menentang kezaliman
  • Mempertahankan diri
  • Islam menganjurkan perdamaian
  • Di medan perang tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati
  • Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan
  • Akhlak tentera Islam mestilah mulia, saling bertolak ansur dan menunjukkan teladan yang baik

 

 

Perang Badar

 

  • Tawanan Arab Quraisy dalam perang Badar diampunkan
  • Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
  • Tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri
  • Tawanan lelaki yang berjaya mengajar 10 orang kanak-kanak Islam membaca
  • dan menulis sehingga pandai dibebaskan

 

 

 

       BAB 6    :   PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

      

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Kerajaan Bani Abbasiyah
  2. Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Eropah

 

KERAJAAN BANI ABBASIYAH

 

Pembentukan Kerajaan

 

  1. Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.
  2. Peringkat awal sulit kemudian terbuka.
  3. Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)
  4. Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
  5. Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.
  6. Ambil sempena nama bapa saudara Nabi saw – Abbas.
  7. Amal sistem monarki warisan.
  8. Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Bagdad.
  9. Berakhir dengan serangan tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan-cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam.

 

Sumbangan Abbasiyah

 

  1. Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.
  2. Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing ke bahasa Arab. Bahasa asing spt: Yunani, Sanskrit, Suriani .
  3. Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun Harun al Rashid.
  4. Kegiatan utama:
    1. Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani. 3 tahap:

i.    Catat segala idea atau percakapan

ii.    Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku.

iii.    Mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu..

  1. Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik ( Al- Muwatta), Ibn ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah ( Fikah dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, Imam Ahmad Hanbal.
  2. Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.
  3. Kelebihan terjemahan:
    1. Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya. Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan.
    2. Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.
    3. Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.

 

  1. Kesan perkembangan ilmu:
    1. Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.
    2. Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.
    3. Keterbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.
    4. Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.
    5. Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.

 

PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN

 

Cara pertembungan:

 

  1. Perdagangan dan perniagaan
    1. Zaman Nabi pertembungan dengan Syam
    2. Penguasaan Islam di Teluk Parsi,Laut Merah dan Timur Mediteranean pertembungan dengan Tamadun Rom dan Yunani
    3. Orang Islam menetap dan berdagang di Canton Cina .

 

  1. Hubungan diplomatik
    1. Penghantaran kumpulan peneroka keGibraltar, Selatan Sepanyol.
    2. Bertemu dengan orang bukan Islam di Cardova,Valencia, dan Rhonda dan berjaya buat hubungan diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik,keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.
    3. Penaklukan dan ketenteraan
      1. Kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi ketenteraan.MenguasaiIraqdanIran. Bertembung dengan Tamadun Parsi.
      2. Penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun Eropah.

 

  1. Kebudayaan
    1. Kemasukan Islam ke Sepanyol wujud kebudayaan baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama.berpusat di Cardova.
    2. Lahir golongan Mozarab – orang Kristian yang ambik kebudayaan Islam dan Berbahasa Arab.

 

  1. Intelektual
    1. Berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam.
    2. Ilmuan islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah.

 

Kesan Pertembungan:

 

  1. Dapat dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia.
    1. Keagamaan sendiri.- satu nilai akidah – percaya kepada Allah swt. Sediakan sistem perundangan berdasarkan Quran dan Hadis. Berasakan syariah dan akidah mudah diterima kerana sarwajagatnya. Islam tidak menghapuskan amalan, cara hidup dan adat setempat.

 

  1. Perluasan kawasan penyebaran Islam
    1. Melahirkan bentuk kerajaan dan masyarakat spt

i.    Kerajaan Delhi Mughal

ii.    Cina wujud masyarakat islam

iii.    Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.

  1. Memboleh orang Islam menguasai ekonomi. Dengan ememastikan keselamatan laluan perdagangan. Dibuat dengan cara

i.    Uthmaniah mempunyai Armada laut yang kuat .Menguasai Laut Merah, Mediteranean dan Teluk Parsi.

  1. Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India,Ceylon, Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia, dan selatan gurun Sahara.
  2. Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia Timur dan Barat.

 

  1. Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial

 

  1. Mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama – cth di Balkan Zaman Uthmaniyah.
  2. Kebudayaan  dan Intelektual

i.    Perkembangan pendidikan agama dan bukan agama spt Matematik,  Sains dan Teknologi. Zaman Abasiyah pelajar diwajbkan belajar – Ilmu Mantik ( Logik ), Geografi, Sejarah, Sains Fizikal dan Biologi.

ii.    Tatatertib berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Zaman Uthmaniyah , Sepanyol – orang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam.

 

  1. Pertukaran pendapat antara cendikiawan.

 

  1. Peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat dan teks penulisan.
  2. Diterjemahkan  daripada penulis Greek spt Aritotle, Plato, Galen dan Hipocrates.
  3. Proses penterjemahan wujudkan perpustakaan – Baituhikmah, Zaman Abbasiyah
  4. Wujudkan budaya keilmuan  dan intelektual yang tinggi.
  5. Ahli fikir Islam yang terawal menjalankan penyelidikan.

 

        

 

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA

 

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA

     SEBELUM  KEDATANGAN BARAT

 

           

 

Tajuk Tudingan  2012

Pengaruh Islam di Asia Tenggara Dan Malaysia

  1. Gaya Hidup
  2. Ekonomi ( Matawang / perdagangan/ Percukaian )

                      

 Pengaruh Islam terhadap Ekonomi:

 

a)    Perdagangan

 

Kegiatan  perdagangan semasa  Kesultanan Melayu  Melaka.

 

  • Aktiviti perniagaan berkembang
  • Pedagang tempatan terlibat dengan rangkaian perdagangan Timur Barat
  • Menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur.
  • Wujud jawatan penting seperti syahbandar sebagai ketua pelabuhan
  • Wujud jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
  • Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan undang-undang perniagaan
  • Wujud sistem sukat dan timbang
  • Terdapat paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka
  • Urusan perdagangan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli.

 

b)    Mata Wang

 

Ciri -  ciri  yang terdapat pada mata wang di Johor pada abad ke 16.

           

  • Diperbuat daripada timah
  • Dikenali sebagai wang katun
  • Berbentuk bulat dan enam segi
  • Tidak mempunyai tarikh
  • Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.
  • Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun 1527.
  • Mata wang emas ini dikenali kupang
  • Mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram) dan 40 grains (2.6 gram)
  • Ditulis dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan  yang mengeluarkan mata wang tersebut.
  • Di bahagian belakang pula tertulis  gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin

                 c) Percukaian

 

Sistem percukaian pada  zaman Kesultanan Melayu Melaka.

            

  • Cukai paling asas ialah cukai tetap atau cukai import ditetapkan oleh pemerintah
  • Para pedagang  dari India,Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6 peratus
  • Pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai sebanyak 5 peratus.
  • Barang seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.
  • Cukai diraja dikenakan terhadap orang asing yang menetap di Melaka
  • Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3 peratus.
  • Orang asing dari tempat-tempat lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6 peratus.

 

Pengaruh Islam mempengaruhi perkembangan ekonomi  di negeri-negeri

                    Melayu.

            

  •  Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
  • Walau bagaimanapun,golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan .
  • Penegasan bersabit larangan amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun
  • Melaka dan Hukum Kanun Pahang.
  • Pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan
  • membayar zakat harta.
  • Kutipan zakat disimpan oleh baitulmal.
  • Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.
    • Harta ini akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara.

 

 

 

 

BAB 9       :           PERKEMBANGAN DI EROPAH

 

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Zaman Gelap

-       Maksud Zaman Gelap

-       Ciri-ciri Zaman Gelap ( politik, ekonomi dan sosial )

-       Persamaan Zaman Gelap dengan Masyarakat Feudal Melayu

-       Cara menghidari berlakunya kemunduran negara / masyarakat

 

ZAMAN GELAP DI EROPAH

                                                 

a)         Maksud Zaman Gelap

  • Eropah mengalami zaman mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
  • merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam perdagangan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam kehidupan perbandaran

b)         Ciri-ciri zaman gelap

 

Politik

 

  • Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran wilayah musnah
  • Berlaku huru-hara
  • Kemunculan golongan Baron
  • Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
  • Petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
  • Jika tidak mampu , mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan tanah
  • Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
  • Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
  • Pembentukan sistem feudal
  • Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak rajaa
  • Golongan pembesar mendapat naungan daripada pihak istana

 

Ekonomi

 

  • Kegiatan ekonomi terhad
  • Perdagangaan diganggu orang-orang Gasar seperti Viking dan Magyar
  • Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
  • Perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
  • Hanya menumpukan kepada kegiataan pertanian
  • Perniagaan secara kecil-kecilan
  • Perniagaan meneerusi sistem tukar barang
  • Penggunaan mataa wang dalam urusan peerdagangan terhad

 

Sosial

 

  • Sifat gereja yang mengongkong / memiliki kuasa / hartanah
  • Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama / keakhiratan
  • Kemerosotan kehidupan perbandaran
  • Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan

 

c)         Ciri-ciri Zaman Kemuncak Pertengahan ( Perubahan- perubahan )

 

  • Gereja memainkan peranan sebagai institusi yang universal
  • Gereja menjadi ejen penyatuan
  • Peningkatan aktiviti pertanian
  • Kemunculan perdagangan
  • Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence
  • Lahirnya kelas pertengahan terdiri daripada artisan , pedagang, ahli perbankan
  • Status sosial berasaskan kekayaan bukan pemilikan tanah
  •  Rakyat mula terlibat dalam urusan politik / memberi hak politik kepada rakyat
  • Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
  • Wujud hubungan antara rakyat dengan pemerintah

 

d)         Persamaan  sistem feudal di Eropah dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional

 

  • Raja menjadi penaung dalam negara
  • Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
  • Raja mempunyai pembesar-pembesar
  • Pembesar-pembesar itu mendapat naungan daripada istana
  • Pembesar memberi khidmat kepada raja
  • Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar

                                                                                                       

 

BAB 10  :       DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP

EKONOMI NEGARA        

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Dasar Pekebun Kecil /  Akta Tanah
  2. Kesan Dasar Ekonomi British
  3. Proses Pembandaran

 

Ekonomi Dagangan

 

  1. Ekonomi dagangan tertumpu kepada pertanian dan perlombongan yang dijalankan secara besar-besaran untuk tujuan pemasaran yang lebih luas.

 

  1. Ciri-ciri ekonomi dagangan:

 

(a)  Penggunaan tenaga buruh yang ramai

(b)  Pelaburan modal yang besar

(c)  Penggunaan teknologi yang tinggi

 

  1. Dasar British terhadap kegiatan ekonomi di Tanah Melayu telah membentuk ekonomi duaan (dwiekonomi) yang bermaksud dua bentuk ekonomi yang berteraskan komersial dan sara diri.

 

Dasar British Terhadap Pertanian

 

  1. British memperkenalkan sistem rekod hak milik tanah secara bertulis untuk mengesahkan pemilikan tanah dan digunakan untuk jual beli tanah, cukai, serta pajakan.

 

  1. Kebenaran pembesar tidak lagi diperlukan oleh individu atau syarikat yang ingin mengusahakan tanah.

 

  1. Undang-undang tanah Barat:

 

(a)  Peraturan Tanah Perak 1879

(b)  Kanun Tanah Selangor 1891

(c)  Peraturan Tanah Sungai Uong 1887

 

 

 

 

 

  1. Akta tanah di Sarawak

 

(a)  Pengenalan Land order (1931, 1933, 1948)

(b)  Melindungi tanah milik masyarakat peribumi daripada dicerobohi pengusaha luar untuk tujuan pertanian

(c)  Membahagikan tanah kepada tanah campuran (imigran mempunyai hak ke atas tanah ini), tanah simpanan, dan tanah pedalaman.

 

  1. Akta tanah di Sabah

 

(a)  Proklamasi III Perlindungan Hak peribumi 1889

(b)  Melindungi kepentingan tanah masyarakat peribumi

(c)  Hak milik tanah peribumi di bawah kuasa pegawai daerah

(d)  Segala urus niaga tanah perlu diberitahu kepada peribumi

(e)  Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang luar

 

  1. Dasar British terhadap pekebun kecil

 

(a)  Mengekalkan orang Melayu sebagai petani

(b)  British memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang petani menanam getah di kawasan sawah padi

(c)  British melarang pembukaan tanah baru

(d)  Rancangan Sekatan getah Stevenson 1922 diperkenalkan bagi melindungi pengusaha Eropah

(e)  British mengadakan skim perladangan bagi menggalakkan pelabur Eropah melabur dalam bidang pertanian.

 

Kesan Dasar Ekonomi

 

  1. Pembandaran
  2. Pembentukan masyarakat berbilang kaum
  3. Sistem pendidikan vernakular
  4. Sektor perkilangan
  5. Sistem pengangkutan dan perhubungan
  6. Perkhidmatan kesihatan

 

Nota tudingan ini perlu di tambah baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MODUL NOTA RINGKAS SEJARAH SPM TINGKATAN 5

 

 

BAB 1 :    KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME

DI  ASIA TENGGARA

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Birokrasi Barat – Filipina , Indonesia, Thailand
  2. Kemerdekaan di Thailand
  3. Nasionalisme Tahap 1 dan 2

 

Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara

 

  • Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
  • Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
  • Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)
  • Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
  • Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.

 

 FILIPINA

 

Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.

 

  • Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
  • Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
  • Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
  • Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
  • Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda

 

Maksud Sistem Encomienda

 

  • Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
  • pemerintahnya diketuai encomiendero

 

Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.

 

  • menjaga keamanan
  • mengutip cukai
  • mengkristiankan penduduk barangay

 

Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.

 

  • mengenakan cukai yang tinggi
  • mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

 

INDONESIA

 

Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia.

 

  • pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
  • pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
  • pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
  • pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
  • Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
  • Belanda menubuhkan dewan tempatan
  • dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
  • dewan tempatan tiada kuasa perundangan
  • Belanda menubuhkan Volksraad
  • Volksraad merupakan majlis rakyat

 

THAILAND

 

Perubahan yang dilakukan oleh  Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand.

 

  • melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
  • penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
  • Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
  • Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
  • Penasihat Perancis dalam ketenteraan

 

Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand.

 

  • memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan cabinet menteri
  • melantik juruaudit dari Britain
  • pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan
  • memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak
  • pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

 

Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara.

 

  • Penubuhan Kerajaan Pusat
  • Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan
  • pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi
  • pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
  • Terhapusnya institusi raja
  • Raja kehilangan kuasa
  • Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
  • Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro
  • Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
  • Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
  • Pengenalan sistem undang-undang Barat
  • Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
  • rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka
  • British memperkenalkan sistem kehakiman barat
  • Raja menerima penasihat Barat
  • Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen
  • Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat melayu
  • pembesar tempatan hilang pengaruh
  • pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.

 

 

 

    BAB 2 :   NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA

                    KEDUA

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Faktor Pemangkin Nasionalisme
  2. Gerakan Islah
  3. Akhbar dan Majalah
  4. Persatuan

 

FAKTOR –FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

 

Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan

 

  • British meletakkan seorang Residen
  • Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
  • Pembesar diberikan pencen
  • Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
  • Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem tempatan/amalan tradisi
  • Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British

 

Perkembangan sistem pendidikan

 

  • Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
  • Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan      menolak penjajahan British
  • Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
  • Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak  penjajahan

 

Dasar British dalam sistem pentadbiran

 

  • Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
  • Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
  • Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
    • Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
    • Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
    • Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
    • Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan       oleh British
    • British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
    • Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
    • Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital
    • Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
    • Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran lain di bandar
  • Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
  • Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme

 

Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan  nasionalisme.

 

  • konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia
  • Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut
  • Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah Melayu
  • Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur
  • Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
  • Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun       1946, orang Melayu menentang
  • Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun

 

Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat menentang penjajah

 

  • PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
  • Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
  • Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
  • Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
  • Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang

 

Kemunculan mesin cetak

 

  • Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu    pengetahuan
  • Mendorong kepada penentangan terhadap British
  • Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan

 

 

Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran

semangat kebangsaan

 

  • Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
  • Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
  • Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas
  • Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah      cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
  • Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
  • Tulisannya disebarkan dalam majalah  al-Manar
  • Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama

 

Kesedaran Politik Serantau

 

  • Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya       telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
  • Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual
  • Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu
  • Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan dihayati oleh penduduk tempatan
  • Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

 

GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU

 

Maksud Gerakan Islah

 

  • Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
  • Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
  • dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir

 

Tokoh-tokoh /pelopor

 

  • Sheikh Tahir Jalaludin
  • Syed Syeikh al-Hadi
  • Dr. Burhanuddin al-Helmy

 

             Matlamat / tujuan / isu

 

  • menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu.
  • Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
  • Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
  • Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
  • Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

 

Akhbar/ Majalah

 

  • Al-Imam
  • Neracha
  • Edaran Zaman
  • Pengasuh
  • Saudara

 

Halangan/Tentangan

 

  • Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.
  • Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
  • Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
  • Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
  • Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
  • Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan.

 

Sumbangan

 

  • Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem pendidikan Islam.
  • Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
  • Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.

 

AKHBAR DAN MAJALAH

 

Akhbar, Majalah Dan Novel ; Penggerak Kesedaran Kebangsaan

 

  • Akhbar, majalah dan Novel  memainkan peranan yang penting dalam melahirkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
  • Salah seorang penulis terkenal pada tahun 1920-an ialah Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaa’ba ) yang merupakan seorang tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan ulung Melayu.
  • Antara karya yang terkenal yang dihasilkan oleh Za’ab ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu.
  • Pada tahun-tahun 1930-an muncul pula tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Ja’afar dan Abdul Rahim kajai.
  • Tulisan mereka telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu, di samping mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang Melayu.
  • Akhbar, majalah dan novel yang dihasilkan pada ketika itu ialah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu.

 

AKHBAR

 

  • Warta Melayu
  • Lembaga Malaya
  • Majlis Utusan Melayu
  • Warta Negara
  • Fajar Sarawak

 

Akhbar dan Isu yang dibangkitkan

 

Sosial/Pendidikan

 

  • Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
  • Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
  • Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negative seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha
  • Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
  • Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan
  • Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
  • Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
  • Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
  • Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

 

Aspek ekonomi

 

  • Kurangkan kemasukan pedagang luar yang mengancam ekonomi tempatan
  • Galakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi
  • Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
  • Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
  • Meminta British mengadakan kampong Khas orang Melayu di Kuala Lumpur

 

Aspek Politik

 

  • Mengkritk British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
  • Mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan -kemajuan kepada masyarakat Melayu
  • Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
  • Menuntut diadakan Malay Administrative ( M.A.S) untuk melindungi orang -Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah -pertubuhan kebangsaan
  • Menentang tuntutan orang luar terhadap politik tempatan

 

MAJALAH

 

Pengasuh

 

  • Majalah pengasuh  ini telah membangkitkan isu berikut:
  • Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
  • Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu
  • Memperluaskan ilmu dalam semua bidang
  • Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
  • Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

 

Guru

 

  • Pada tahun 19 24, Majalah Guru telah diterbitkan dan pengarangnya terdiri daripada Muhamad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid.
  • Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah ;
  • Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu
  • Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
  • Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan
  • Membaiki taraf hidup orang Melayu
  • Memajukan bahasa dan sastera Melayu
  • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.
  • Pada tahun 1930, Majalah Bulan Melayu telah diterbitkan oleh Zainon Sulaiman.
  • Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu berikut:
  • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
  • Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri
  • Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
  • Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

 

NOVEL

 

  • Novel-novel yang banyak menyempaikan mesej-mesej kesedaran bangsa ialah :
  • Keris Melaka yang dikarang oleh Ahmad Bakhtiar
  • Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
  • Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
  • Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid

 

Keris Melaka Ahmad Bakhtiar

 

  • Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
  • Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
  • Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda

 

Anak Mat Lela Gila- Ishak  Haji Muhammad

 

  • Semangat anak muda menentang penjajah
  • Hargai warisan bangsa
  • Semangat cintakan tanah air
  • Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan

 

Melor Kuala Lumpur- Harun Aminurrashid

 

  • Emansipasi wanita
  • Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
  • Membuang pandangan negative yang boleh menghalang kemajuan bangsa

 

PERSATUAN

 

Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM )

 

  • Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam ) telah ditubuhkan pada 7 April 1934, bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
  • Paspam ialah sebuah bertubuhan yang berlandaskan sastera, tetapi ia cuba menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak.
  • Persatuan ini telah dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal Abidin B.A
  • Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.
  • Ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu.
  • Paspam telah mendapat sambutan yang hangat kerana organisasinya adalah lebih kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri.
  • Paspam adalah merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

 

Kesatuan Melayu Muda ( KMM )

 

  • KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob bersifat politik
  • Bersifat radikal dan anti-penjajah British
  • Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung Malim,Perak
  • Menggalakkan pepaduan di kalangan pemuda melayu
  • Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu
  • Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
  • KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar Warta Malaya
  • Ahli KMM telah mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan

KMM telah menubuhkan cawangannya di Maahad  Ihya Assyariff di Gunung Semanggol untuk melatih kader-kader yang dikenali tentera semut

 

 

 

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

 

 

 Tajuk Tudingan  2012

  1. Warisan Negeri Melayu
  2. Sistem Demokrasi di N. Sembilan
  3. Jemaah Menteri di Kelantan

 

 

WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU

 

1.         Unsur-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan di

negeri-negeri Melayu.

 

  • Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak, dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
  • Warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat istiadat melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu berkembang di negeri-negeri tersebut.
  • Kerajaan tersebut diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
  • Semua pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing.
  • Sistem warisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
  • Putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan.
  • Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta.
  • Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti diamalkan oleh Melaka.
  • Perbezaan antara ketiga-tiga negeri tersebut adalah pada gelaran pembesarnya, disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.
  • Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum kanun Melaka untuk disesusikan dengan unsure tempata.Contoh Undang-Undang Pahang yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596.

 

SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

 

bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.

 

  • Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I(1801-1836).
  • Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya.
  • Sultan Muhammad II(1836-1886) telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri dengan mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.
  • Setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
  • Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.

 

Lapan badan Jemaah Menteri itu lalah:

 

  • Jemaah Penasihat Raja

- mengurus perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.

  • Jemaah Menteri Istana

- mengurus istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri

kelantan.

  • Jemaah Menteri Keadilandan Kehakiman

- mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.

  • Jemaah Menteri Dalam Negeri

-Menjaga keamanan negeri.

  • Jemaah Menteri Luar Negeri

-Mengurus dasar dan hal ehwal luar negara.

  • Jemaah Menteri Perbendaharaan

-Mengendali harta benda dan hasil mahsur.

  • Jemaah Menteri Peperangan

-Mengurus pertahanan dan keamanan negeri.

  • Jemaah Menteri Pentadbiran danPenggimarahan Negeri

-Mengurus kemajuan dan pembangunan negeri.

 

SISTEM DEMOKRASI NEGERI SEMBILAN

 

Negeri Sembilan buah daerah dalam Negeri sembilan.

 

  • Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi, dan Gunung Pasir.

 

Gelaran tertinggi pemerintah Negeri Sembilan

 

  • Gelaran ialah Yang Dipertuan Besar.

 

Unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di negeri Sembilan

 

  • Negeri sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
  • Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat palin, bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
  • Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, buapak dan Anak Buah walaupu Yang Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.
  • Setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
  • Setiap Luak ditadbir oleh Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
  • Undang dipertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
  • Lembaga dilantik oleh Buapak .Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
  • Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.
  • Buapak merupakan ketua Perut.Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah, khususnya yang berkaitan dengan adat.
  • Setiap anggota Perut dikenali sebagai anak Buah.
  • Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetepi mengagihkan tersebut kepada individu mengikut pangkat.
  • Ini menunjukkan sistem pemilihan pemimpin mempunyai unsur demokrasi.

 

 

Peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih

 

  • Kepentingan bersama dalam membuat keputusan.
  • Semangat gotong-royong, dalam sebarang pekerjaan.
  • Saling menghormati di antara satu sama lain.
  • Bermuafakat untuk memilih pemimpin.
  • Semangat kerjasama antara suku untuk memilih pemimpin.

 

 

 

 

   BAB 4 : PEMBINAAN  NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

 

 

 

 

TIADA TUDINGAN

 ( MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 )

 

 

 

 

 

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Suruhanjaya Reid
  2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

 

 

SURUHANJAYA REID

 

Peranan Suruhanjaya REID.

 

  • Membincang perlembagaan Persekutuan
  • Menyususn Perlembagaan Persekutuan
  • Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah melayu yang akan merdeka berpandukan beberapa isu
    • Kerjaan persekutuan yang kuat
    • Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
    • Kedudukan Raja-Raja Melayu
    • Hak istemewa orang Melayu
    • Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
  • Menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak
    • Raja-Raja melayu
    • Orang perseorangan
    • Pertubuhan politik
  • Cadangan parti Perikatan diberi perhatian utama sebagai kerajaan
  • Menerbitkan cadangan Suruhanjaya Reid pada Februari 1957
  • Cadangan diterima oleh parlimen british Mei 1957
  • Melahirkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957

 

 

 

Kerakyatan Jus soli

 

  • Tuntutan orang dagang
  • Tidak diterima oleh orang Melayu
  • Prinsip kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum
  • Boleh melemahkan orang Melayu
  • Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam Perelembagaan Persekutuan tanah Melayu
  • Pakatan Murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
  • Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
  • Bahasa melayu sebagai bahasa Kebangsaan

 

 

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

 

Isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah melayu 1957

 

  • Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
  • Pemisahan anatara kuasa kersekutuan dengan kuasa negeri
  • Pemisahan melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
  • Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara
  • Tiga jenis kerakyatan diwujudkan
  • Kedudukan istimewa orang melayu dikekalkan
  • Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
  • Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
  • Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara
  • Demokrasi berparlimen sebagai pentadbiran negara
  • Dewan rakyat dan Dewan Negara diletak di bawah kuasa Parlimen
  • Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran peringkat negeri dibantu Dewan Undangan Negeri dan EXCO

 

Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

 

  • Pakatan murni dicapai
  • Wujud kerajaan demokrasi berkonsep Raja Berpelembagaan
  • Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini
  • Wujud perpaduan jitu antara kaum di PTM
  • Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah
  • Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang merdeka mengikut acuan sendiri
  • Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
  • Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan

 

Usaha para pemimpin negara dalam mencapai kemerdekaan

 

  • Bijaksana dalam menuntut kemerdekaan
  • Kemerdekaan tanpa pertumpahan darah
  • Sikap bekerjasama
  • Sentiasa mengutamakan perundingan
  • Kata sepakat telah menjadi pendekatan terbaik masyarakat berbilang kaum

 

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

 

  • Presiden UMNO
  • Ketua parti Perikatan
  • Perdana Menteri pertama
  • Bijak mengendali pakatan murni antara kaum
  • Mencapai kemerdekaan dengan penuh harmoni dan gemilang

 

Tun Abdul Razak

 

  • Timbalan Presiden UMNO
  • Timbalan Perdana Menteri pertama
  • Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London tahun 1956
  • Perunding untuk menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
  • Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
  • Menggubal sistem pendidikan Kebangsaan Negara / Penyata Razak 1957
  • Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua 1970

 

Tun H. S. Lee

 

  • Tokoh MCA
  • Memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetus idea Parti Perikatan
  • Berkerjasama dengan UMNO dan MIC untuk mendapat kemerdekaan
  • Menteri kewangan pertama

 

Tun V. T. Sambanthan

 

  • Sumbangan dalam menuntut kemerdekaan
  • Presiden MIC
  • Menyokong sepenuh dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara
  • Menyeru kaum India memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Negara

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Idea dan Faktor Pembentukan Malaysia
  2. Akta Malaysia

 

 

TIADA NOTA TUDINGAN DISEDIAKAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

     BAB 7.    SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

                        MALAYSIA.

 

 

 

Tajuk Tudingan  2012

    1. Pilihan raya
    2. Kuasa Pemerintahan
    3. Negara Persekutuan

 

KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .

 

  • Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
  • Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.
  • Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

 

( a ) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia

 

Senarai Persekutuan

 

Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya

 

  • Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
  • Pertahanan
  • Keselamatan dalam negeri
  • Pentadbiran dan keadilan
  • Kerakyatan negara
  • Pilihanraya negara
  • Kewangan
  • Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
  • Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
  • Jabatan Ukur, penyelidikan
  • Kerja raya dan tenaga pusat
  • Pelajaran
  • Kesihatan
  • Keselamatan buruh dan sosial
  • Orang Asli
  • Hal-hal lain

 

 ( b ) Senarai Negeri

 

Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya

 

  • Undang-undang Islam
  • Tanah
  • Pertanian dan perhutanan
  • Kerajaan Tempatan
  • Perkhidmatan tempatan
  • Kerajaan negeri
  • Hari cuti negeri
  • Undang-undang negeri

 

Senarai Bersama

 

Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

 

  • Kebajikan sosial
  • Biasiswa
  • Taman Negara
  • Perancangan bandar dan wilayah
  • Penjagaan haiwan
  • Kesihatan dan kebersihan awam
  • Parit dan tali air
  • Pemulihan
  • Hiburan awam
  • Perhubungan

 

Rumusan

 

  • Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
  • Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan dalam m embantu mengurangkan perbalahan etnik
  • Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.

 

PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI.

 

( a ) Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

 

  • Perlembagaan persekutuan peruntukkan kuasa yang luas kepada kerjaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri
  • Badan eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
  • Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong
  • Kabinet dan Jemaah Menteri menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri.

 

( b ) Bidang kuasa Kerajaan Negeri

 

  • Peruntukan kuasa eksekutif kepada Kerajaan negeri oleh Perlembagaan Malaysia.
  • kuasa Eksekutif terletak kepada Raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri,
  • Menteri Besar atau Ketua Menteri di lantik oleh Sultan atau Yang diPertua
  • Urusan Pentadbiran terletak kepada Perlembagaan Negeri.
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu setiausaha Kerajaan negeri, Pegawai kewangan negeri dan Penasihat undang-undang negeri

 

 

 

 

BAB 8 :       PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

 

 

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Dasar Pelajaran Kebangsaan
  2. Dasar Bahasa, sukan
  3. Perpaduan
  4. Wawasan 2020

 

 

AKTA BAHASA KEBANGSAAN

 

Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu

 

  • Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
  • Pelancaran slogan “ Minggu Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa
  • Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Syah
  • Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
  • Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
  • Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977
  • Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris
  • Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990

 

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

 

Sejarah penubuhan :

 

  • Lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan yan dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971

 

Tujuan Dasar Kebudayaan digubal :         

 

  • Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
  • Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
  • Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
  • Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
  • Mempertingkat  kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi

 

Tiga Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan       :

 

  • kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
  • unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
  • Islam sebagai unsur yang terpenting

 

 

 

SUKAN UNTUK PERPADUAN

 

Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita

 

  • penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi
  • dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
  • aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
  • aktivit sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
  • Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
  • Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) diadakan dua tahun sekali
  • SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri

WAWASAN 2020

 

Maksud Wawasan 2020 :

 

  • Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
  • Dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1981

 

Matlamat wawasan 2020

 

  • Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri setanding  dengan negara maju
  • Menitikberatkan kemajuan bersepadu

 

Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :

 

  • perpaduan rakyat
  • kestabilan politik
  • ketinggian taraf hidup
  • kekukuhan nilai moral dan etika
  • kekukuhan sistem kerajaan
  • ketinggian maruah bangsa
  • semangat yakin diri bangsa

 

Sembilan Cabaran Wawasan 2020 :

 

  • Cabaran Pertama :    Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
    • Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan  Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
    • Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum
    • Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia

 

  • Cabaran Kedua :       Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram              

                                          dan berkeyakinan

  • Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat  bangsa dan negara
  • Musuh negara mudah ditangkis

 

  • Cabaran Ketiga :       Memupuk dan membina masyarakat

                                          demokratik yang matang

  • masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
  • menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya
  • perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui saluran tertentu

 

  • Cabaran Keempat:    Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan

                                          beretika

  • diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat  berbudaya unggul
  • kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
  • keberkesanan sistem pendidikan
  • keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
  • penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis

 

  • Cabaran Kelima :      Mewujudkan masyarakat yang matang ,

                                          liberal dan bertoleransi

  • masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak  secara melulu
  • masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
  • dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi , kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan

 

  • Cabaran Keenam :    Membina masyarakat yang maju dan saintifik
    • masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk  membina kecemerlangan
    • penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa
    • mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif

 

  • Cabaran Ketujuh :     Mewujudkan masyarakat berbudaya

                                                penyayang

  • dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghomati, bekerjasama dan saling membantu
  • masyarakat yang tidak individualistik
  • meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri
  • asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilai-nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan

 

  • Cabaran Kelapan :    Menjamin masyarakat yang adil dan saksama

                                          ekonominya

  • Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
  • Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat

 

  • Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina masyarakat

                                             makmur

  • Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi
  • tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
  • pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi

 

Tanggungjawab pelajar  dalam merealisasikan Wawasan 2020

 

  • mengekalkan perpaduan
  • saling memahami dan menghormati
  • memiliki daya kreatif dan inovatif
  • bersikap terbuka
  • bangga dengan apa yang dicapai
  • menghayati Falsafah Pendidikan Negara
  • berusaha mengekalkan kemajuan negara
  • menjadi masyarakat yang berbuadaya penyayang

 

 

 

 

 

 

             

 

Tajuk Tudingan  2012

  1. Perang Dunia Pertama

-                      Faktor Pencetus Perang

-                      Pihak terlibat

-                      Kesan Perang Dunia Kedua

-                      Cara menggelakkan peperangan

 

  1. Perang Dingin
  2. Dasar Luar Malaysia
  3. Malaysia dalam Pertubuhan Serantau

 

PELAJAR PERLU MENCARI SENDIRI NOTA TAJUK-TAJUK TUDINGAN BERIKUT.

 

Dasar-Dasar Luar Malaysia

 

Perkembangan Dasar Luar Malaysia

 

Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman ( 1957 – 1970 )

 

  • Dasar pro-Barat yang antikomunis
  • Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
  • Ia dilaksanakan disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial.
  • Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis.
  • Malaysia mendapatkan bantuan  pertahanan daripada negara-negara Komanwel.
  • Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956.
  • Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia.
  • Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan

Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.

  • Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
  • kerana Malaysia anggota blok sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
  • terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia.
  • Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
  • Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.

 

Tahap Kedua: Tunku Abdul Razak  (1972 -1976) & Tun Hussein  ( 1976 – 1981 )

 

  • Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
  • Perubahan ini  disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh  Britain di timur
  • Ia juga kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam.
  • Mengisytiharkan ZOPFAN
  • Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China.
  • Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.

 

 

Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad ( 1981 – 2003)

 

  • Dasar tahap ini mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepentingan ekonomi.
  • Malaysia menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN,seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
  • Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan.
  • Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi
  • lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,Dato Seri Dr Mahathir ke negara Afrika,Amerika Selatan Caribbean dan Pasifik Selatan.
  • Melalui siri lawatan ini,Malaysia  menandatangani perjanjian perdagangan dua hala.
  • Malaysia menjalin hubungan dengan negara Dunia Ketiga.

 

      

TAMAT

 

SEMOGA ANAK-ANAK SEMUA BERJAYA


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>